Saturday, 30 April 2016

Ciri-ciri dan tujuan Pengujian dan Pentaksiran

CIRI-CIRI DAN TUJUAN PENTAKSIRAN DAN PENGUJIAN

1.0 Pengujian
Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon. Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya. Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.

1.1 Ciri-ciri-ciri utama ujian
·                     Kesahan 
·                     Kebolehpercayaan 
·                     Keobjektifan 
·                     Kebolehtadbiran 
·                     Kebolehtafsiran 

1.1.1 Kesahan
Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu.

Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.

Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.

Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.

1.1.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

1.1.3 Keobjektifan
Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

1.1.4 Kebolehtadbiran
Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda. 
1.2 Tujuan Pengujian
1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. 
2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid. 
3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru. 
4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar. 
5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar. 
6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan. 
7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar. 
8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid. 
9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik. 
10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan. 

2.0 Pentaksiran
Pentaksiran dalam pembelajaran bertujuan mendapatkan informasi dan maklumat bagi menentukan tahap keupayaan dan kebolehan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan keputusan yang diperolehi guru boleh merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kemampuan murid. Bukti-bukti dan bahan yang dikumpul dalam satu tempoh masa membolehkan guru mentafsir keberkesanan aktiviti pembelajaran Bukti dan data ini dapat diambil dalambentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.
Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atautingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistemyang berkategori. Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)” Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan

2.1 Ciri-ciri pentaksiran
Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut;
i) Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
ii) Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
iii) Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
iv) Kekomprehensifan – mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

2.2 Fungsi-fungsi pentaksiran
·         Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh. 
·         Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh. 
·         Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain. 

·         Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. 

No comments:

Post a Comment