Monday, 2 May 2016
Sunday, 1 May 2016
Saturday, 30 April 2016
Ciri-ciri dan tujuan Pengujian dan Pentaksiran
CIRI-CIRI DAN TUJUAN PENTAKSIRAN DAN PENGUJIAN
1.0 Pengujian
Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk
mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian
terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar
memberi satu set tindak balas / respon. Calon ujian mungkin dikehendaki
menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun
radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya. Ujian yang merupakan alat
pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk
markah) sahaja.
1.1 Ciri-ciri-ciri utama ujian
·
Kesahan
·
Kebolehpercayaan
·
Keobjektifan
·
Kebolehtadbiran
·
Kebolehtafsiran
1.1.1 Kesahan
Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat
memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan
ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.
Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian
menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu
mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu.
Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian
meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang
lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat
meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel.
Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik
semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.
Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu
trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Contohnya, markah
seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan
sebagainya.
Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap
seseorang murid. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif
penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan
peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi
dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur
dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.
1.1.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan
sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80
peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau
hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan
mempunyai sifat kebolehpercayaan.
1.1.3 Keobjektifan
Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana
pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip
jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian
objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak
dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur
objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.
1.1.4 Kebolehtadbiran
Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian
ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya
jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid
tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan
kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi
aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding
ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.
1.2 Tujuan Pengujian
1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian
terhadap pengajaran guru.
2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid.
3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran
guru.
4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.
6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus
peperiksaan.
7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau
tidak dalam peperiksaan besar.
8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid.
9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah
terbaik.
10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.
2.0 Pentaksiran
Pentaksiran dalam pembelajaran bertujuan
mendapatkan informasi dan maklumat bagi menentukan tahap keupayaan dan
kebolehan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan
keputusan yang diperolehi guru boleh merancang dan mengubahsuai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kemampuan murid. Bukti-bukti dan bahan
yang dikumpul dalam satu tempoh masa membolehkan guru mentafsir keberkesanan
aktiviti pembelajaran Bukti dan data ini dapat diambil dalambentuk dialog,
jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.
Pentaksiran dalam
Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap
penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan
sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka
intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap
kebolehannya. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang
sistematik untuk memerhati perlakuan atautingkah laku seseorang individu dan
menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistemyang berkategori.
Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara
untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam
keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)”
Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu
pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis. Gay
(1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu
objektif yang telah ditetapkan
2.1 Ciri-ciri
pentaksiran
Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri
seperti berikut;
i) Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa
memeriksa skrip jawapan.
ii) Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja
susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
iii) Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon
berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu
ujian dan pentaksiran.
iv) Kekomprehensifan – mengandungi soalan-soalan
yang mewakili semua objektif yang penting.
2.2 Fungsi-fungsi
pentaksiran
·
Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.
·
Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
·
Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang
lain.
·
Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
pelajar.
Friday, 22 April 2016
Wednesday, 20 April 2016
Biodata Diri
Butir-butir
diri
1.
Nama :
Joyce Wella Siaw
2.
No. Matrik :
D20121058004
3.
Tempat latihan mengajar : SMK Tapah,
Tapah, Perak
4.
Nama penyarah penyelia : Dr. Alizah
binti Lambri
5. Nama guru pembimbing : Encik Mansor bin Ali
6. Bentuk sapaan :
6.1 Gelaran : Ella
6.2 Jawatan
6.2.1 Sekolah
i.
AJK jamuan Hari Sukan Negara peringkat
sekolah
ii.
AJK persembahan Hari Merdeka peringkat
sekolah
iii.
AJK media dan produksi Hari Integrasi
Anak Orang Asli Tapah
iv.
AJK persembahan sambutan Hari Raya
peringkat sekolah
v.
Guru penasihat pertandingan NILAM
peringkat negeri
vi.
Guru pembimbing pertandingan NILAM
peringkat negeri
vii.
Guru penasihat Kadet Polis
viii.
Guru penasihat Persatuan Bahasa Melayu
ix.
Guru pembimbing Kesukanan Tingkatan Enam
peringkat daerah
x.
AJK pelaksana Kem Perkampungan Ilmu SPM
6.2.2 Universiti
i.
AJK jamuan Program Malam Tautan Kasih
PERBAYU tahun 2013
ii.
AJK Persidangan Antarabangsa
Memartabatkan Bahasa Melayu tahun 2013
iii.
AJK Karnival Sukan PERBAYU tahun 2014
iv.
Penolong Bendahari Kelab Badminton Upsi
v.
AJK Program Malam Tautan Kasih
Perbayu tahun 2013
vi.
AJK Mesyuarat Agung Kelab Badminton Sesi 2015/2016
vii.
Penari/pelakon dalam Pementasan Drama
Kata Perak tahun 2014
viii.
AJK Super Upsi 2013
ix.
AJK Super Upsi 2014
x.
AJK Karnival Sukan Bahasa Melayu
(KASUPER) tahun 2014
6.3 Anugerah
i.
Anugerah Sijil Dekan Semester 2 Sesi
2013/2014
ii.
Anugerah Sijik Dekan Semester 1 Sesi
2014/2015
iii.
Anugerah Sijil Dekan Semester 2 Sesi
2014/2015
iv.
Anugerah Sijil Dekan Semester 1 Sesi
2015/2016
v.
Anugerah Kokurikulum Majlis Tautan Kasih
Perbayu 2015
vi.
Anugerah Leftenan Muda Pertahanan Awam
pada tahun 2014
vii.
Anugerah tempat pertama pertandingan
badminton ( perseorangan wanita ) pada KASUPER 2014
viii.
Anugerah tempat pertama badminton (regu
wanita) pada KASUPER 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)